Senin, 11 Agustus 2014

Mangsa Dera Mati Akibat Bengkak Pada Otak


Ipoh – Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak perempuan, Ho Yan Hui, 5, yang dipercayai didera ibunya, meninggal dunia akibat bengkak pada otak dan septicemia, demikian menurut laporan Mstar Online.

Bapanya menuntut mayat kanak-kanak tersebut pada pukul 1.20 petang Isnin.

Ibunya akan didakwa semula di mahkamah lewat hari ini.

Mangsa dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun sejak 16 Ogos lalu.

Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.

Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar