Minggu, 02 Februari 2014
Garmin Bakal Lancar Jam Pintar Konsep Militari

Syarikat navigasi Garmin telah melancarkan Tactix, yang merupakan jam pintar yang dilengkapi fungsi GPS.
Menurut jurucakapnya,Tactix menyasarkan penggunanya daripada kalangan anggota tentera dan polis.
Oleh itu, jam pintar ini mempunyai reka bentuk yang berciri lasak dan maskulin: kemasan hitam menawan serta ‘backlight’ hijau. Menurut Garmin, Tactix direka sebegitu bagi memudahkan pengguna untuk mengoperasikan jam itu semasa memakai gogel visi malam (night vision goggles).


Tactix mempunyai kebolehan untuk menyediakan maklumat GPS,altitud,barometer serta data kompas.
Jam pintar ini dikatakan mempunyai jangka hayat bateri selama 50 jam dalam mod UltraTrac. Bagaimanapun, hayat baterinya akan jatuh kepada 16 jam dalam mod GPS penuh.
Garmin Tactix akan dijadual untuk dilancarkan di Amerika Syarikat sebelum akhir November dengan kos $ 449,99 (£ 280).
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar