Jumat, 31 Januari 2014

Angkara cemburu empat terbunuh

sinarharian
7 November 2012
MANILA - Empat maut manakala empat yang lain cedera, apabila seorang tetamu bertindak melepaskan tembakan rambang ketika menghadiri majlis hari jadi di Bagumbong, Caloocan, Filipina, kelmarin.

Rolly Rapit, 33, didakwa melakukan perbuatan itu angkara cemburukan kekasihnya yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Ketua polis Barugo, Ronald Perilla berkata, insiden tersebut tercetus apabila berlaku pertengkaran antara mereka hingga menarik perhatian tetamu di majlis itu.

Menurutnya, akibat berang, suspek menembak teman wanitanya sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah tetamu lain.

"Serangan itu menyebabkan Arnold Dizon yang menyambut ulang tahun ke-32, Elibzabeth Templonuevo, 48, dan anak lelakinya Benjamin, 17, maut di tempat kejadian," katanya. - Bangkok Post

Tidak ada komentar:

Posting Komentar